SOLD
Sinopsis
Haruskah dia setia kepada seseoang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang dihadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.
"Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempun itu." "Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya..."
Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang menbenci. Begitu pun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya menagalah kerana memang itu fitrah wanita.
Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditingalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi an cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?
No comments:
New comments are not allowed.